BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 15, 2010

Board Fighter (2)

BOARD FIGHTER

Tapan diduga oleh mereka satu komet telah jatuh ke padang yang luas seperti padang pasir.kebetulan di situ mempunyai 2 orang yang sedang bermain dengan gembiranya tetapi telah dihalang oleh meteor yang telah jatuh dan telah mengegarkan kawasan padang di situ.kawasan padang di situ terletak jauh daripada kawasan rumah jadi hanya mereka sahaja yang digegarkan dan diketahui bahawa mempunyai komet di kawasan padang itu

"woit?! saper sepak bola gergasi ni?" kata pemuda 1."apelah,ni komet la tak belajar ke?" kata pemuda 2."aku tau saja nak buat lawak tapi apa pasal dia mendarat di sini?" pemuda 1 bertanya."saya tidak tahu kenapa... eh?! ada lubang kecil di komet ini! apa kata kalau kita buka?" pemuda 2 mengajak pemuda 2."sukati kau lah."pemuda 1 hanya mengikutnya.

"Warghhhh!!! cahaya ini menyakitkan mata saya!!!!!!!!!" jerit pemuda 1."Warghhh!!! sama juga seperti saya! eh? berhati hati di kaki kamu ada rantai pokok!!!"pemuda 2 memberi amaran kepada pemuda 1."Apa?! eh... warghhh!!! tolong makkkkk!!" jerit pemuda 1 sambil ditarik kakinya oleh rantai pokok menuju kedalam komet.

Nasib pemuda 2 juga sama seperti pemuda satu.kakinya ditarik kemudian masuk kedalam komet.selepas menarik komet telah ditutup rapi dengan sendirinya.mereka telah diikat oleh rantai pokok kemudian disemburkan gas yang misteri......

Seteleah seminggu berlalu Mark sudah dapat menghasilkan alat khas yang dijanjikan oleh anaknya.anaknya telah bertanya berkali kali untuk memastikan adakah alatan khas itu telah siap.akhirnya impian anaknya telah tercapai...

bersambung kejap..

Sunday, November 14, 2010

komik diubah kepada cerita

Hari ni saya nak buat cerita pulak ok.tajuk cerita ini ialah 'Board Fighter'.cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda bersama ayahnya yang berkerja sebagai profesor persendirian.akan tetapi telah timbulnya kuasa jahat yang impiannya menakluki dunia.apakah kisahnya?

WATAK2:

BAIK
Professor Mark : ayah Max
Max : Board Fighter
robo : robot Mark
Kray : Pembantu Mark

JAHAT
Dedzura : Ketua Jahat
Zama : binatang belaan Dedraz
Rock-dez : Commander atau Captain
Skullnie : Tentera tengkorak

Watak Board Fighter yang lebih
Name : Board Fighter
Cannel : Zamza
Niel : Maruka
Zimra : Kabnaru

Bermulalah ceritanya....

Pada suatu hari,Mark sedang menkaji projeknya di dalam bilik makmal."hmmmm... kalau saya campurkan Asid A dan Asid C mungkin akan menjadi sesuatu yang berguna?" kata Mark."rasanya kena tambah Dn0 dahulu prof" kata Kray."baiklah" dengan ringkas Mark menjawab.tanpa disedari mereka berdua 2 buah meteor dalam perjalanan untuk menghempas ke bumi.dalam beberapa minit kemudian Mark dan Kray telah menghadapi gegaran dasyat yang berlaku di makmal.

"Apa yang sudah berlaku Profesor?!" tanya Kray didalam gegaran.setelah gegaran tamat Mark menjawab "Saya tidak tahu tetapi mari kita siasat sementara!".Kray mengangguk tanda setuju.Mereka bergegas pergi ke hadapan makmal dan mendapati seketul asap berada di dalam hutan yang berhampiran dengan makmal."Cepat ambil Jetpack(Jet Mini) dan Robo!" jerit Mark kepada Kray."Baik!" jawab Kray tergesa-gesa.

Setelah mereka mendapati terdapatnya sebuah komet sebesar bilik stor menghempas kedalam hutan dengan dasyat sekali.mereka bercakap sesama sendiri "woah! ini kajian yang menggemparkan!" kata Mark."Betul itu Prof,ini mungkin menjadi sejarah dunia!" jerit Kray."Tapi tuan bagaimana kita hendak mengalihkannya?" Kata Robo."mungkin kita boleh mengangkatnya dengan helikopter H70 Power Profesor?"Kata Kray."baiklah.Robo,tolong kawal helikopter ke sini kemudian mengangkat komet ini ke bilik makmal"kata Mark.Dengan segera Robo berkata "Baiklah tuan" sambil itu Robo berlalu pergi dari situ.

Sewaktu Mark sedang mengkajinya "Wow! ini kuasa yang tidak pernah saya lihat sebelum ini!" Mark berkata dengan kagum."kuasa jenis apakah ini Prof?" kata Kray sambil membawa kotak besi yang diminta oleh Mark."Cepat panggil Max! nanti saya terangkan" kata Mark.

"Ayah.... kenapa panggil ni...? saya tadi sedang melihat cerita di televisyen...." kata Max."cuba lihat komet besar diluar rumah itu" kata Mark.Kray hanya tersenyum dengan gelagat Profesornya untuk membuat kejutan kepada Max."Wow! hebatnya! Dari mana ayah dapat komet ini?"tanya Max."Baru dapat di dalam hutan sana.lagipon ayah panggil kamu untuk menerangkan kuasa hebat komet ini!" kata Mark kepada anaknya.

Setelah menerangkan kuasa komet itu Max bertanya "Adakah kuasa ini akan melekat kepada manusia?" tanya Max kepada ayahnya."mungkin tetapi hanya kepada seseorang yang bersemangat tinggi dan muda bukan macam kami"kata Mark.Max bertanya lagi "kenapa ia tidak boleh diaktifkan oleh orang yang agak tua?".Kray masuk campur "ia tidak boleh diaktifkan kerana ia akan menjejaskan jantung orang yang tidak berkeupayaan"

"Jadi ayah mahu membuat apa?" kata Max."Mungkin ayah boleh memasukkan kuasa ini kedalam alat khas kemudian apabila orang ini memakai dan mengaktifkannya mungkin dia boleh menjadi orang yang luar biasa." kata Mark menerangankan ideanya.Kray bertanya "bukankah ia hanya boleh diaktifkan dengan orang yang sama DNA dengan orang yang pertama memakainya?"

"memang betul jadi hanya seorang untuk satu alat khas.saya mendapati kuasa ini dapat dikeluarkan kepada 4 alatan khas sahaja"kata Mark."Jadi bolehlah saya berikan kepada Cannel,Niel dan Zimra!" kata Max."Baiklah nanti ayah buatkan 4 alatan khas kepada mereka bertiga termasuk kamu ya"kata Mark kepada Max.Kray mencela "anak-beranak....."

Bersambung....

Saturday, November 13, 2010

Cartoonist Boyz Gang (2)

Sambungan. dari pada Cartoonist Boyz Gang (1).jika anda tidak dapat melihat tajuk sila gerakkan arrow mouse anda di atas perkataan 'Sambungan' ini.oklah tanpa mambuang masa saya mulakan cerita.

Selepas kami telah mencipta atau melahirkan nama 'Cartoonist Boyz Gang' ini,kami telah mendapat ilham untuk meletakkan rank atau bahasa melayunya pangkat kepada ahli2 'Cartoonist Boyz Gang'.(saya tidak mahu tulis panjang2 nama kumpulan saya jadi saya letak ajalah CBG).saya telah menjadi naib ketua manakala Akmal ketua dan Solehin pekerja komik biasa.kami cuba mengasah lagi bakat kami...... dan ini hasilnya.

Lukisan aq :D
amacam? cool tak ahahha..... ni lak gamba Akmal

maaf lah tpi solehin punye takde heheh....oh ye.lepas kami melukis telah tertimbulnya idea yang hebat dan menakjubkan bagi kumpulan CBG
huhu.... iaitu MEMBUAT KOMIK STRIP SENDIRI!!! kemudian dijual kepada rakan2 lain! gajinya satu komik sorang gaji RM0.50 je takkan nak mahal sgt hahah....
dari situlah kami menjadi kartunis muda......

THE END

Cartoonist Boyz Gang.....! (1)

Assalammualaikum.....hai semua!!! uhuhuhu.... entah nape tangan ni da gatal sgt nak ckp pasal kisah berlaku kat skolah sendirik.ni nak citer satu perkara yang ade la macam x logik bgi anda semua ehehehhe.... bermula dari nama.(name aq sendirik x yah la....).bermula daripada ketua kami iaitu Akmal Haziq Bin Roslani.beliau seorang yang penyabar dan kenkadang menyakitkan hati orang.beliau menjadi ketua kerana lukisan beliau telah menjadi tumpuan kepada pembaca.

Seorang lagi pekerja iaitu Muhammad Solehin Bin Ghazali.beliau adalah orang yang suka membalas dendam.selalu salah faham dan suka mengesyaki orang.beliau adalah pekerja pebantu komik.kalau korang nak tahu sayalah naib ketua kumpulan ini.tapi sayalah bahagian utama bagi idea.memang susah nak dapat idea!

MySpace

Aq akan ceritakan bagaimana terlahirnya Cartoonist Boyz Gang.sebenarnya ini adalah angkara terpengaruh dengan si Akmal.pada mula2 dia telah menunjuk hasil komik yang diperbuat daripada akmal sendiri.kami tertarik dan cuba membuat komik yang baik seperti dia.kami mencuba denga orang lidi dahulu.kami perlu perah otak buat beberapa minit untuk melakukan komik itu.

akhirnya kami dapat membuat komik orang lidi.hari semakin hari lukisan kami bertambah berevolusi..... saya tunjuk carta evolusinya

orang lidi >> orang tangan kaki tajam >>orang jenis kartun

fuhh.. ambek mase gak nak buat.satu hari aq terpikir nak buat kumpulan komik sendirik.aq meminta cadangan untuk nama kumpulan daripada Solehin dan Akmal.akhirnya terciptalah nama 'Cartoonis Boyz Gang'.

MySpace

Bersambung.....

Skola3.....

Assalammualaikum semua.maaf lame x update blog eheheheheh.... ni nak citer siket bende berlaku kat skola ni.tapi tak tau la nak cakap camne tapi perghhhhh best woo! wa cakap lu.kalau nak faham lagi meh citer dari masok kelas.waktu first2 tukar kelas,aku takde kawan kelas yang lame pon kecuali pompuan tu yang hangin nih.waktu pilih tempat tu yang nervous mungkin dapat kawan nerd ke tau dapat yang suke buli orang?atau mungkin aku yang jdi mangse buli ....


rase macam tak mungkin lak an pasal saye kan kuat siket... then bile dah dapat tempat duduk secare mengejut cikgu datang.secare tak sengaje aq terdengar orang sebelah berbisik "saya murid baru bukan dari sekolah ni".kire2 4 kali dier ckp.pening kepale denga haduihhhh..... aq ade la nasihatkan dier siket "cakap sekali jelah wei.tak yah la banyak kali.".ade la malu2 kucing siket nak nasihatkan plak hahahah...

MySpace

ape nak dikate memang perangai pemalu x boleh dilepaskan... teringin la plak nak cakap bye pade perangai malu.kalau boleh aq nak tendang je perangai malu tu! tpi ape nak dikata memang susah....... hari semakin hari aq makin rapat ngan budak tu.satu ari budak sekor ade kacau kitorang.aq tak la kenal sangat ngan dier tuh.tengok budak tu macam skema jer pasal gigi ade la jongang siket.aq men tanye je name dier.dier ckp "saya Solehin" sambil senyum...

maken lame kitorang kawan maken lame kitorang jdi rapat.satu ari aq telah menjumpai seorang perempuan yang.... alamak susah nak ckp.ade la siket ciri-ciri angel dalam hati.pasal dier C***l sia!

tak tau dah camne nak ckp huhuhu.....

aq tertariklah siket ngan dier kan....

alt=MySpace Emoticons border=0 />

err... aq melampau sgt ke tdi?
semakin hari semakin lame dan sudah sampai ke detik yang agak menakutkan dan mengerikan iaitu tukar kelas semula!!!! pasal aritu aq x dtang skolah jdi aq terpakse tanye kawan melalui facebook.dan keputusan orang yang masok dari kelas lame ke kelas baru yang same dengan aq ialah


THE ANGEL WITH MY BEST FRIEND!!!!! WOOHOOO!!!!

susah nak percaye sehhh... tapi memang dah naseb wooo!!!! entah la nape tuhan kasi saye kawan kelas yang memang saye nak uhh... susah nak percaye weii... dan satu lagi,hari ni hari jadi aq ahahahhahaha!!! bertuah! ntah la nape mungkin ni hadiah daripada kelas atau darpada guru.... susah nak percaye.... maaf lah ye pasal cirita ni ringkas aja (ringkas ke?) bye!

MySpace

Friday, November 12, 2010

MySpace

Friday, June 18, 2010

bacalah setiap hari

Wednesday, June 2, 2010

CuTi SeKoLaH YaNg PaNjAnG AkAn BeRmUlA!!!!!

wahahahaahhahahhahahha!! maaf la kerana lama tidak update blog kerana saya agak sibuk ya. hahaha! kali ni saya hampir mengubah tabiat saya dulu haha! nak tau enapa saya sentiasa ceria? cuti sekolah 2 minggu hampir mula hahahahahaha!!!! *sakit tekak*.maaf hehe.. kita kembali ke cerita asal....

pada suatu hari kat skola. semua satu kelas heboh ntah pape diorang ckp.nasib baiklah cikgu tak ada lagi kalau tidak emphhh... satu kelas kena rotan.kita pegi la dekat sket pastu tanye kenapa heboh sangat. salah sorang daripada diorang ckp 'kau taktau ke yang orang terjatuh kemudian kena susu basi kat muka?' kita pon terkezut macam cicak kena lastik kat ekor.dia ckp lagi ' takdelah,gurau aje sebenarnya,sebenarnya,sebenarnya..
..' 'sebenarnya ape??!!' kita marah.dia menyambut ayat tadi "cuti sekolah nak bermula lah apa lagi enjoy lah.....!!!!" secara tiba-tiba cikgu tiba di kelas.satu kelas tidak perasan bahawa cikgu sudah datang kecuali saya seorang.hanya saya sayalah yang memberi salam.selepas memberi salam cikgu menjerit "satu kelas kecuali arief!!" k
esian mereka kerana tidak menhormati cikgu sendiri lagipun cikgu tu garang.
mesti kena rotan dengan pembaris lagi!! saya relax aje dekat kerusi sedangkan semua yang lain kena denda.biasalah lepas datang suatu tempat kena relax bebeh.just relaxing!tu barunya nikmat.pelajaran berula dengan biasa saja tertapi straight of the line for me yeah!sampailah waktu rehat yang paling seronok apabila di sekolah.kengkawan semua masih berborak tentang cuti sekolah.tak habis habis tentang hari cuti hari cuti hari cuti ajelah sampai kepala sendiri pening.disebabkan terpengaruh dengan hari cuti jadi join jelah diorang borak tentang cuti sekalilah.tapi itu setengah terpaksalah sbb nak cuba diorang tuka tajok lain selain cuti sekolah tapi tetap tak henti henti jugak.terpaksalah jauh daripada diorang supaya tak pening tentang cuti skolah tapi cuti sekolah tetap cuti skola hak hak.(sunyi.....).ni yang rase plek,bile cuti skola nak wat ape ek? takkanlah dok umah men game sepanjang hari.tu yang bosan tu.hmmm,ataupon bunoh diri lagi best kan takyah sekolah sepanjang hari hak hak XD.(sunyi...) kenape setiap kali aq taip mesti sunyi punye!!! DX.
gunalah halagel kerana ia halal.ingat halal ingat halagel,mesti mau!

..................................................................

woi blog! asal letak pulak iklan halagel!!! lembab,tapi aq pon suke halagel hehe... oppsss.... kembali ke cerita asal hak hak

**********************************************************************
habis je rehat aq tenang sket... dah kat kelas apa lagi maseh ler borak pasal cuti skola!!!!!
tpi selamat la ade 2 3 orang tak borak tentang cuti skola.diorang melukis je tau.mule2 aq rase nak tendang diorang sume kuar tapi naseb la ade orang yang tak lakukannya hak hak.ape lagi? aq join la diorang tu.then.... cikgu datang dan semue perkara jadi cam biase...pastu pasal fikiran aq pulak.

********************************************************************

fikiran aq asyik tak tertentu je.kejap pikir pasal awek kejap pikir pasal kawan tu yang tensyen nak mampos.

kini aq bingung dengan fikiran yang tak menentu.warghhh.... asyik berfikir aje... tu lah kehidupanku yang agak merana hehe.... tak tau nak start dari mne tapi hantam sajalah... kengkadang rase semacam seperti bermain buaiyan di tempat yang penuh dengan bunga berwarna pink.tu seperti perasaan bercinta lah... kenkadang rase kesepian lerrr..... dan mcm2 lagi. tapi sampai sinilah sebab tangan dah sakit menaip.maklumlah tulang budak kecik lemah lagi.. byebye.... jumpe lagi....

Sunday, February 14, 2010

The Mystery thing In My School

hello everyone,i'am Sherlock Homes.Who is wanted here B(.I want to catch who is wanted.Haha :P.Pada hari Jumaat 12/2/2010 sudah ada suatu benda yang seronok! kita menyiasat!!! best nak gilo hak2.ni kisahnya...

Waktu tu kita tengah main quiz dengan Ustaz Syahrul,Ustaz komputer la heheh.... waktu nak pergi ke masjid pergi solat jumaat kita pergi ejek kawan kita yang sofea dan geng die tu haa... die nampak macam marah sampai terkeluar api gunung berapi. Kite diamkan diri jelah haha... lepas dah habis pergi solat jumaat kita mendapati sesuatu yang pelik.permulaannya buku company kita hilang,kita cari2 dalam beg pastu x jumpe2 langsung.

tetapi kita telah jumpa buku tu dkat bawah meja ammar.itu misteri no.1. misteri no.2 ialah pen kita ada pada kawan terbaik2 kita namanya ialah akmal manager kita ,pen kita hilang dalam penselbox kite jadi waktu tu akmal cari pensel die untuk tulis kerje sekolah dalam penselbox die pastu jumpa pen kita.misteri no.3 misteri yang paling-paling pelik iaitu ada satu bungkusan kertas didalam meja ammar.bungkusan tu didapati dibalut dengan kertas dan melekatkannya dengan stapler.kita dan ammar bukak bungkusan tu dan didapati ada pemadam akmal didalamnya.sebelum kami buka bungkusan itu ia ada tertulis tulisan yang didapati ditulis dengan pen kita.


(Tandatangan)

_ _ _ _ _ _

semasa kita sedang menyiasat.

kita mendapat sikit2 benda yang digunakan oleh suspek.teka-teki yang saya dapat selesaikan dalam misteri ini ialah misteri no.1,no.2 dan no.3.teka teki no.3 ialah saya pasti bahawa ia adalah peminat2 akmal tu kerana dia beri pemadam milik akmal dan saya percaya tandatangan dan tulisan _ _ _ _ _ _ itu adalah palsu. teka teki no.2 ialah dia meggunakannya untuk menulis di bungkusan itu dan suspek tidak tahu saya meletak atau sengaja pensel box kita.misteri no.1 yang terpaling2 dasyat sekali ialah sewaktu saya hendak melihat didalam buku company kita.kita mendapati ada lagi tulisan yang digunakan dengan pen kita.ia tertulis Gedik,Ngada-ngada dan menyampah.Saya pasti ini adalah penghinaan untukku.suspek rasanya sungguh benci dengan ku dan aku telah mendapati sesuatu. suspek yang aku dapat ialah hanya seorang!,hanya seorang iaitu SOFEA! walaupun dia adalah ketua bagi sofea and the gang tetapi dia mendapat sifat pemarah yang melampau-batas.Tetapi apabila saya menyebut kuat sikit perkataan "Suspek pertama ialah sofea!".lepastu die pergi baling beg telekung dia kat kita pastu rase saket sangat adehhh...Tetapi itu mungkin adalah untuk membuat yang dia tidak bersalah walaupun sedikit.jadi saya sudah mendapat suspek yang paling dapat tau iaitu sofea!!!!!!!!!

Wednesday, February 10, 2010

sorry.hari ni buat tempat kerja!!!

      assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.apa khabar dan selamat sejahtera.saya meminta maaf kerana saya sudah lama tidak update blog ni haa... maaf yek heheh... oh ya,pegi ke tajuk yang sebenarnya dulu...


      Hari ni kita dapat merasai apabila menjadi bos. Pada hari rabu,kita merancang nak buat company sendiri.dpt la tau mcm mne kalau menjadi Boss.Tapi perlukan banyak persediaan untuk buat company sendiri hehe.. tapi gaji setakat RM1.oo,RM1:50 jelah heheh.tak kan lah nak kasi RM1307 macam tu skali.tu namanya melebihi had.Pada start nya kita buat ni semua ni ialah kwn perempuan kita nama dia Aisy' yang ada di kumpulan yang bernama 'Sofea And The Gang'.

Penerangan tentang kumpulan 'Sofea And The Gang':

kumpulan 'Sofea And The Gang' ni adalah budak pompuan yang jahat dan agak menganggu pelajar lain.mereka duduk di belakang kita.Kalau pasal bab membuli tu lagilah.Teruk sangat lah diorang ni.yang pertama 1. diorang conteng baju orang lain dari belakang dengan pen biru.diorang conteng banyak kali. 2. diorang tarik kerusi orang sampai jatuh (tapi kalau orang tu berat tak dapat la dia nak tarik heheh..) 3. diorang panggil kawan baik kita yang bernama Ammar tu menjadi Mama. 4. diorang fitnah kita dengan mesej kita surat cinta yang daripada fatimah.korang jgn ingat aq suke fatimah! dia dah la nampak macam orang arab!

Nama-nama ahli kumpulan 'Sofea And The Gang' bersama jawatan nya

1.Sofea. Jawatan:Ketua besar kumpulan 'Sofea And The Gang'

2.Aisy'. Jawatan: Ketua pengacau

3.Athirah. Jawatan: pengikut

Penerangan Tamat...

Aisy' ni dia buat company pemadam menjadi kita rasa lebih baik la kita buat company sapu sampah.Aisy' buat gaji 50 sen aje.dia bayar setiap hari.kite bayar lusa-lusa je.. asalkan dapat duit kan... ni benda yang kita tulis dalam buku nota supaya ingat siapa staff-staff  kita.


Boss/Bos: Arief Bin Sahmsuddin
Manager/Pengurus Utama: Akmal Haziq

STAFF
Nama                                   Tempat  perlu dibersihkan
                                                
Ayman                                  Depan

Haziq                                    Tengah

Solehin                                 Belakang

semua ni bagus untuk kelas sebab kalau kita buat company sapu sampah nanti kelas bersih!

                                                                              TAMAT                        

Wednesday, January 13, 2010

Cerita sekolah.....

wazzup.kita berjumpa lagi nampaknya.haha :).ape cerita di sekolah awak semua? mesti dasyat kan..... dah tau ni.
saya rasa atas ni la rasa best awak tu pada waktu persekolahan.tapi x pe la,kita akan sambung cerita yang asal... :D

Pada hari rabu,kita di sekolah.best jgak main dgn kwn :D main banyak game yang best. sory umur tidak boleh diberitahu :I .masa ni cikgu nak minta menjadi puteri islam,pengakap atau PBSM...
PBSM Doktor Muda!!

Pengankap Mesti Berani!!!
Puteri Islam beramal Islam (main hentam je,x tau sgt sebenarnya hehe)

Cikgu nak ambik Persatuan,Kelab dan Permainan KO-KO macam biasa.... :P tapi kali ni cikgu tulis dkat White Board:

Bulan Sabit Pengangkap Puteri Islam

hahahaha! ni bab yang lwak sangat.lepas cikgu habis tulis kita orang pergi berbaris di depan Perkataan2 tu untuk mendapat keputusan Persatuan sendiri,kita ambil Bulan Sabit,ada sesuatu berlaku iaitu kita orang lari laju sangat jadi berterabur lah pulak. :P
jadi keputusanya cikgu kena kira 1...2...3... plak jadinya... apa nak buat...
lepastu kita orang laju2 pergi sane tapi kita no. dpt last! sebenarnya cikgu cuma nak 5 PBSM lelaki dan 10 PBSM perempuan.dpt no. last memang teruk!!! tapi pengangkap masih tidak penuh lagi yang lelaki punya... jadi terpaksa masuk pengangkap.... T^T

Keputusannya:
Persatuan:Pengangkap
Kelab:Nasyid
Permainan Kokurikulum:indor game

Pada hari lain plak ada satu Perhimpunan waktu Kokurikulum lah..
lepastu untuk Pengangkap kena pergi ke satu kelas yg bernama _ Omar.
dah nak sampai ke babak yang best tahap maksima :)
waktu tu kita dan kawan kita tgh duduk dekat kerusi yang berhampiran tapi kawan kita yang lagi satu jatuh terpelanting sbb lantai kelas itu licin sgt haha.....
then ustaz ckplah apa yang patut dilakukan....
then ni lagu Pengangkap kita orang,korang jgn gelak... >:(

" apa gunanya gosok gigi
hanya memenatkan
Pengangkap x gosok gigi pagi2"

dan satu lagi
"apa gunanya mandi
hanya membosankan
Pengangkap x mandi pagi... "

warghhhhh!!!! malu tahap maksima kalau orang lain tau mcm semua murid2 di satu sekolah ni tau,camne? tidak!!!!!!!!!!!!!!!!

itulah kisah saya yang agak memalukan sekian Terima Kasih......