BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 15, 2010

Board Fighter (2)

BOARD FIGHTER

Tapan diduga oleh mereka satu komet telah jatuh ke padang yang luas seperti padang pasir.kebetulan di situ mempunyai 2 orang yang sedang bermain dengan gembiranya tetapi telah dihalang oleh meteor yang telah jatuh dan telah mengegarkan kawasan padang di situ.kawasan padang di situ terletak jauh daripada kawasan rumah jadi hanya mereka sahaja yang digegarkan dan diketahui bahawa mempunyai komet di kawasan padang itu

"woit?! saper sepak bola gergasi ni?" kata pemuda 1."apelah,ni komet la tak belajar ke?" kata pemuda 2."aku tau saja nak buat lawak tapi apa pasal dia mendarat di sini?" pemuda 1 bertanya."saya tidak tahu kenapa... eh?! ada lubang kecil di komet ini! apa kata kalau kita buka?" pemuda 2 mengajak pemuda 2."sukati kau lah."pemuda 1 hanya mengikutnya.

"Warghhhh!!! cahaya ini menyakitkan mata saya!!!!!!!!!" jerit pemuda 1."Warghhh!!! sama juga seperti saya! eh? berhati hati di kaki kamu ada rantai pokok!!!"pemuda 2 memberi amaran kepada pemuda 1."Apa?! eh... warghhh!!! tolong makkkkk!!" jerit pemuda 1 sambil ditarik kakinya oleh rantai pokok menuju kedalam komet.

Nasib pemuda 2 juga sama seperti pemuda satu.kakinya ditarik kemudian masuk kedalam komet.selepas menarik komet telah ditutup rapi dengan sendirinya.mereka telah diikat oleh rantai pokok kemudian disemburkan gas yang misteri......

Seteleah seminggu berlalu Mark sudah dapat menghasilkan alat khas yang dijanjikan oleh anaknya.anaknya telah bertanya berkali kali untuk memastikan adakah alatan khas itu telah siap.akhirnya impian anaknya telah tercapai...

bersambung kejap..

Sunday, November 14, 2010

komik diubah kepada cerita

Hari ni saya nak buat cerita pulak ok.tajuk cerita ini ialah 'Board Fighter'.cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda bersama ayahnya yang berkerja sebagai profesor persendirian.akan tetapi telah timbulnya kuasa jahat yang impiannya menakluki dunia.apakah kisahnya?

WATAK2:

BAIK
Professor Mark : ayah Max
Max : Board Fighter
robo : robot Mark
Kray : Pembantu Mark

JAHAT
Dedzura : Ketua Jahat
Zama : binatang belaan Dedraz
Rock-dez : Commander atau Captain
Skullnie : Tentera tengkorak

Watak Board Fighter yang lebih
Name : Board Fighter
Cannel : Zamza
Niel : Maruka
Zimra : Kabnaru

Bermulalah ceritanya....

Pada suatu hari,Mark sedang menkaji projeknya di dalam bilik makmal."hmmmm... kalau saya campurkan Asid A dan Asid C mungkin akan menjadi sesuatu yang berguna?" kata Mark."rasanya kena tambah Dn0 dahulu prof" kata Kray."baiklah" dengan ringkas Mark menjawab.tanpa disedari mereka berdua 2 buah meteor dalam perjalanan untuk menghempas ke bumi.dalam beberapa minit kemudian Mark dan Kray telah menghadapi gegaran dasyat yang berlaku di makmal.

"Apa yang sudah berlaku Profesor?!" tanya Kray didalam gegaran.setelah gegaran tamat Mark menjawab "Saya tidak tahu tetapi mari kita siasat sementara!".Kray mengangguk tanda setuju.Mereka bergegas pergi ke hadapan makmal dan mendapati seketul asap berada di dalam hutan yang berhampiran dengan makmal."Cepat ambil Jetpack(Jet Mini) dan Robo!" jerit Mark kepada Kray."Baik!" jawab Kray tergesa-gesa.

Setelah mereka mendapati terdapatnya sebuah komet sebesar bilik stor menghempas kedalam hutan dengan dasyat sekali.mereka bercakap sesama sendiri "woah! ini kajian yang menggemparkan!" kata Mark."Betul itu Prof,ini mungkin menjadi sejarah dunia!" jerit Kray."Tapi tuan bagaimana kita hendak mengalihkannya?" Kata Robo."mungkin kita boleh mengangkatnya dengan helikopter H70 Power Profesor?"Kata Kray."baiklah.Robo,tolong kawal helikopter ke sini kemudian mengangkat komet ini ke bilik makmal"kata Mark.Dengan segera Robo berkata "Baiklah tuan" sambil itu Robo berlalu pergi dari situ.

Sewaktu Mark sedang mengkajinya "Wow! ini kuasa yang tidak pernah saya lihat sebelum ini!" Mark berkata dengan kagum."kuasa jenis apakah ini Prof?" kata Kray sambil membawa kotak besi yang diminta oleh Mark."Cepat panggil Max! nanti saya terangkan" kata Mark.

"Ayah.... kenapa panggil ni...? saya tadi sedang melihat cerita di televisyen...." kata Max."cuba lihat komet besar diluar rumah itu" kata Mark.Kray hanya tersenyum dengan gelagat Profesornya untuk membuat kejutan kepada Max."Wow! hebatnya! Dari mana ayah dapat komet ini?"tanya Max."Baru dapat di dalam hutan sana.lagipon ayah panggil kamu untuk menerangkan kuasa hebat komet ini!" kata Mark kepada anaknya.

Setelah menerangkan kuasa komet itu Max bertanya "Adakah kuasa ini akan melekat kepada manusia?" tanya Max kepada ayahnya."mungkin tetapi hanya kepada seseorang yang bersemangat tinggi dan muda bukan macam kami"kata Mark.Max bertanya lagi "kenapa ia tidak boleh diaktifkan oleh orang yang agak tua?".Kray masuk campur "ia tidak boleh diaktifkan kerana ia akan menjejaskan jantung orang yang tidak berkeupayaan"

"Jadi ayah mahu membuat apa?" kata Max."Mungkin ayah boleh memasukkan kuasa ini kedalam alat khas kemudian apabila orang ini memakai dan mengaktifkannya mungkin dia boleh menjadi orang yang luar biasa." kata Mark menerangankan ideanya.Kray bertanya "bukankah ia hanya boleh diaktifkan dengan orang yang sama DNA dengan orang yang pertama memakainya?"

"memang betul jadi hanya seorang untuk satu alat khas.saya mendapati kuasa ini dapat dikeluarkan kepada 4 alatan khas sahaja"kata Mark."Jadi bolehlah saya berikan kepada Cannel,Niel dan Zimra!" kata Max."Baiklah nanti ayah buatkan 4 alatan khas kepada mereka bertiga termasuk kamu ya"kata Mark kepada Max.Kray mencela "anak-beranak....."

Bersambung....

Saturday, November 13, 2010

Cartoonist Boyz Gang (2)

Sambungan. dari pada Cartoonist Boyz Gang (1).jika anda tidak dapat melihat tajuk sila gerakkan arrow mouse anda di atas perkataan 'Sambungan' ini.oklah tanpa mambuang masa saya mulakan cerita.

Selepas kami telah mencipta atau melahirkan nama 'Cartoonist Boyz Gang' ini,kami telah mendapat ilham untuk meletakkan rank atau bahasa melayunya pangkat kepada ahli2 'Cartoonist Boyz Gang'.(saya tidak mahu tulis panjang2 nama kumpulan saya jadi saya letak ajalah CBG).saya telah menjadi naib ketua manakala Akmal ketua dan Solehin pekerja komik biasa.kami cuba mengasah lagi bakat kami...... dan ini hasilnya.

Lukisan aq :D
amacam? cool tak ahahha..... ni lak gamba Akmal

maaf lah tpi solehin punye takde heheh....oh ye.lepas kami melukis telah tertimbulnya idea yang hebat dan menakjubkan bagi kumpulan CBG
huhu.... iaitu MEMBUAT KOMIK STRIP SENDIRI!!! kemudian dijual kepada rakan2 lain! gajinya satu komik sorang gaji RM0.50 je takkan nak mahal sgt hahah....
dari situlah kami menjadi kartunis muda......

THE END

Cartoonist Boyz Gang.....! (1)

Assalammualaikum.....hai semua!!! uhuhuhu.... entah nape tangan ni da gatal sgt nak ckp pasal kisah berlaku kat skolah sendirik.ni nak citer satu perkara yang ade la macam x logik bgi anda semua ehehehhe.... bermula dari nama.(name aq sendirik x yah la....).bermula daripada ketua kami iaitu Akmal Haziq Bin Roslani.beliau seorang yang penyabar dan kenkadang menyakitkan hati orang.beliau menjadi ketua kerana lukisan beliau telah menjadi tumpuan kepada pembaca.

Seorang lagi pekerja iaitu Muhammad Solehin Bin Ghazali.beliau adalah orang yang suka membalas dendam.selalu salah faham dan suka mengesyaki orang.beliau adalah pekerja pebantu komik.kalau korang nak tahu sayalah naib ketua kumpulan ini.tapi sayalah bahagian utama bagi idea.memang susah nak dapat idea!

MySpace

Aq akan ceritakan bagaimana terlahirnya Cartoonist Boyz Gang.sebenarnya ini adalah angkara terpengaruh dengan si Akmal.pada mula2 dia telah menunjuk hasil komik yang diperbuat daripada akmal sendiri.kami tertarik dan cuba membuat komik yang baik seperti dia.kami mencuba denga orang lidi dahulu.kami perlu perah otak buat beberapa minit untuk melakukan komik itu.

akhirnya kami dapat membuat komik orang lidi.hari semakin hari lukisan kami bertambah berevolusi..... saya tunjuk carta evolusinya

orang lidi >> orang tangan kaki tajam >>orang jenis kartun

fuhh.. ambek mase gak nak buat.satu hari aq terpikir nak buat kumpulan komik sendirik.aq meminta cadangan untuk nama kumpulan daripada Solehin dan Akmal.akhirnya terciptalah nama 'Cartoonis Boyz Gang'.

MySpace

Bersambung.....

Skola3.....

Assalammualaikum semua.maaf lame x update blog eheheheheh.... ni nak citer siket bende berlaku kat skola ni.tapi tak tau la nak cakap camne tapi perghhhhh best woo! wa cakap lu.kalau nak faham lagi meh citer dari masok kelas.waktu first2 tukar kelas,aku takde kawan kelas yang lame pon kecuali pompuan tu yang hangin nih.waktu pilih tempat tu yang nervous mungkin dapat kawan nerd ke tau dapat yang suke buli orang?atau mungkin aku yang jdi mangse buli ....


rase macam tak mungkin lak an pasal saye kan kuat siket... then bile dah dapat tempat duduk secare mengejut cikgu datang.secare tak sengaje aq terdengar orang sebelah berbisik "saya murid baru bukan dari sekolah ni".kire2 4 kali dier ckp.pening kepale denga haduihhhh..... aq ade la nasihatkan dier siket "cakap sekali jelah wei.tak yah la banyak kali.".ade la malu2 kucing siket nak nasihatkan plak hahahah...

MySpace

ape nak dikate memang perangai pemalu x boleh dilepaskan... teringin la plak nak cakap bye pade perangai malu.kalau boleh aq nak tendang je perangai malu tu! tpi ape nak dikata memang susah....... hari semakin hari aq makin rapat ngan budak tu.satu ari budak sekor ade kacau kitorang.aq tak la kenal sangat ngan dier tuh.tengok budak tu macam skema jer pasal gigi ade la jongang siket.aq men tanye je name dier.dier ckp "saya Solehin" sambil senyum...

maken lame kitorang kawan maken lame kitorang jdi rapat.satu ari aq telah menjumpai seorang perempuan yang.... alamak susah nak ckp.ade la siket ciri-ciri angel dalam hati.pasal dier C***l sia!

tak tau dah camne nak ckp huhuhu.....

aq tertariklah siket ngan dier kan....

alt=MySpace Emoticons border=0 />

err... aq melampau sgt ke tdi?
semakin hari semakin lame dan sudah sampai ke detik yang agak menakutkan dan mengerikan iaitu tukar kelas semula!!!! pasal aritu aq x dtang skolah jdi aq terpakse tanye kawan melalui facebook.dan keputusan orang yang masok dari kelas lame ke kelas baru yang same dengan aq ialah


THE ANGEL WITH MY BEST FRIEND!!!!! WOOHOOO!!!!

susah nak percaye sehhh... tapi memang dah naseb wooo!!!! entah la nape tuhan kasi saye kawan kelas yang memang saye nak uhh... susah nak percaye weii... dan satu lagi,hari ni hari jadi aq ahahahhahaha!!! bertuah! ntah la nape mungkin ni hadiah daripada kelas atau darpada guru.... susah nak percaye.... maaf lah ye pasal cirita ni ringkas aja (ringkas ke?) bye!

MySpace

Friday, November 12, 2010

MySpace